“Tak Payah Berangan, Jumpa Di Padang Mahsyar Je!” – Rita Rudaini ‘Warning’ Bekas Suami Jangan Jumpa Anak

Hiburan

“Tak Payah Berangan, Jumpa Di Padang Mahsyar Je!” – Rita Rudaini ‘Warning’ Bekas Suami Jangan Jumpa Anak

Sedia maklum, Rita Rudaini sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga bersama pemain bola sepak, Mohd Aidil Zafuan pada tahun 2008 dan mereka dikurniakan dua orang cahaya mata, namun perkahwinan itu berakhir pada tahun 2013.

Sayu hantar anak balik asrama

Melalui Instagram pelakon tersebut, dia memuat naik video sambil meluahkan rasa sayu selepas hantar anak sulungnya, Rayyan pulang ke asrama penuh bagi sesi persekolahan 2024.

Advertisement

Hantaran itu telah menarik perhatian seorang netizen untuk bertanyakan tentang keberadaan bapa kandungnya, Aidil sama ada pernah jenguk ataupun tidak.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by RITARUDAINI® (@ritrud727)

Tak payah berangan!

Sedar dengan komen yang ditinggalkan oleh individu itu, Rita tampil membalas dengan kata-kata sindiran dengan mengingatkan bekas suaminya untuk tidak meletak harapan berjumpa dengan anak-anak.

komen

Malah mendakwa Aidil sama sekali tidak pernah mengambil tahu soal darah dagingnya sendiri sejak mereka kecil lagi.

Kenyataan yang dibuat itu sekali gus meraih perhatian ramai dan rata-ratanya kagum dengan kecekalan aktres terbabit membesarkan anak sendirian.

rita
7 months ago

"Campak Anak, Lepas Tanggungjawab. Ciri-Ciri Ibu Bapa 'Rosak'.." - Status Instagram Rita Rudaini Tuju Untuk Siapa?

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...