Guru sememangnya insan yang sangat berjasa dalam hidup kita. Selain daripada ibu bapa, mereka lah yang mendidik kita tanpa mengenal erti jemu dan lelah. Ada juga guru yang sanggup mengharungi perjalanan yang jauh hanya semata-mata untuk mengajar anak murid mereka.
Seorang guru dari Filipina ini sanggup berjalan sejauh 8km setiap hari untuk mengajar anak muridnya di sekolah. Disebabkan perjalanan yang jauh itu, kasut yang dipakainya juga sudah lusuh.
Menyedari pengorbanan guru tersebut, anak muridnya sepakat untuk memberikan kejutan kepadanya dengan menghadiahkan sepasang kasut baru.
Anak muridnya juga sempat mengusik dengan berkata terdapat lipas dan katak di dalam kotak tersebut selain memintanya berhati-hati ketika membuka kotak itu.
Walaupun pada mulanya dia kelihatan takut-takut sahaja tetapi selepas melihat hadiah yang diberikan, guru tersebut kelihatan terharu dan hampir menangis.
“Kenapa membazir duit?”
“Hadiah ni kecil sahaja jika nak dibandingkan dengan jasa cikgu.”
Guru yang berusia 50 tahun itu juga berkata dia tidak mengharapkan apa-apa daripada muridnya. Cukuplah dia hanya berkongsi ilmu yang ada kepada mereka.
Mestilah guru tu terharu tiba-tiba dihadiahkan sepasang kasut. Walaupun kalau nak dibandingkan dengan pengorbanan guru tersebut memang tiada tandingan nya lah. Hmm rindu pula zaman sekolah dulu..