Tak Payah Bazir Duit Beli Pewangi, Buat Pomander Ball Hilangkan Bau Dapur

Kehidupan

Tak Payah Bazir Duit Beli Pewangi, Buat Pomander Ball Hilangkan Bau Dapur

Setelah seharian memasak menyediakan juadah pasti dapur anda sudah bertukar menjadi medan peperangan. Lintang-pukang sekali periuk belanga, perkakas dapur, bahan masakan dan didalam sink pula tidak usah cakaplah memang penuh benda yang belum dicuci. 

Bukan sahaja mata yang sakit memandang, hidung juga terseksa hasil dari campuran bauan menumis, rebusan, memanggang dan macam-macam lagilah!

dapur lintang pungkang

Advertisement

Ada orang sampai dua tiga hari nak usaha untuk hilangkan bau dapur, malah ada juga yang berhabis duit dengan membeli bermacam jenis produk pewangi rumah.

Apa kata anda cuba buang bauan tidak menyenang dengan membuat sendiri sahaja pomander ball untuk di gantung di bahagian dapur anda.

Ini telah dikongsikan oleh Nurul Fathira Zulkifli di akaun Facebooknya.

Salam semua, bulan lepas tira buat pomander ball yang wangi ni gantung kat palang dapur rumah. Setiap kali basuh pinggan fresh dan best je rasa.

Cara buat, just guna 2 bahan. Tahan berbulan, omputih memang selalu buat benda alah ni. Cara-caranya:

Ambil sebiji buah oren dan cucuk lubang-lubang untuk memudahkan anda menyumbat bunga cengkih.

gunakan sebiji buah oren

Cucuk sampai penuh pada buah oren sehingga penuh atau anda boleh design sendiri.

cucuk bunga cengkih sampai penuh

Anda juga boleh membuat jalur, selepas itu sumbat bunga cengkih pada tempat yang ada ruang.

buat jalur sebelum cucuk

Dah siap, gantung terus atau anda boleh menambah aroma pada pomander ball dengan meletakkan satu sudu serbuk kayu manis di celah-celah bunga cengkih atau golekkan pomander ball pada serbuk kayu manis.

siap dan boleh gantungGantung dan biarkan dia keringg. Masa buat ni, memang wangi satu dapur sampai orang Chuckoo datang service pun puji rumah wangi.

gantung dan biar dia kering

Inilah hasilnya apabila dah lebih sebulan. Pomander ball akan menjadi kering dan wangi.
Pomade ball lebih dari sebulan

Jadi, kepada ibu-ibu di luar sana bolehlah cuba buat pomander ball sendiri dari beli di kedai. Berbaloi sangat ini.

Sumber: Facebook

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...