“Tak Patut Salahkan Fadhlina Sidek, Semua Dah Buat Yang Terbaik” – Azhar Sulaiman

Hiburan

“Tak Patut Salahkan Fadhlina Sidek, Semua Dah Buat Yang Terbaik” – Azhar Sulaiman

Pelakon dan arkitek, Azhar Sulaiman, tampil mempertahankan Menteri Pendidikan, Fadlina Sidek, susulan desakan segelintir pihak agar beliau meletakkan jawatan selepas insiden tragik di sebuah sekolah menengah di Bandar Utama baru-baru ini.

Menurut Azhar, tindakan menuding jari kepada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) atau sekolah bukanlah langkah tepat, kerana isu sebenar berpunca daripada akses bebas pelajar terhadap gajet dan internet.

Advertisement

Macam-macam masalah berlaku kat sekolah ni. Abang rasa tak patut kita salahkan Menteri Pendidikan Fadlina Sidek, KPM, sekolah, atau jabatan pelajaran negeri dan daerah.

Semua pihak telah melakukan yang terbaik untuk menjaga keselamatan sekolah kita.

Azhar menjelaskan bahawa kanak-kanak hari ini terlalu bijak mencari bahan terlarang dalam talian, walaupun ibu bapa cuba mengawal penggunaan peranti.

Kalau tak dapat telefon yang boleh akses internet, mereka guna komputer riba ibu bapa.Budak-budak sekarang memang pandai nak cari bahan. Mungkin bagi anak pakai walkie-talkie je habis cerita.

Beliau turut membandingkan situasi itu dengan Singapura, yang mempunyai sistem kawalan digital lebih ketat terhadap pelajar.

Kes Tik*m : “Anak Introvert, Saya Tak Tahu Bagaimana Nak Berdepan Dengan Ibu Bapa Mangsa” – Ayah Suspek

Kalau di Singapura, kalau kalian taip sahaja alamat tak tentu pasal, keluar arahan datang pada kamu,” katanya.

Azhar dalam masa sama menyeru agar semua pihak — ibu bapa, guru dan masyarakat berganding bahu mendidik pelajar menggunakan teknologi dengan selamat, bukannya menyalahkan mana-mana individu atau institusi.

Kita semua ada tanggungjawab mendidik. Jangan hanya cari siapa yang salah, tapi fikir macam mana nak elak perkara ni berulang,” katanya.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

bapa suspek
2025-10-15 08:31:53

Kes Tik*m : "Anak Introvert, Saya Tak Tahu Bagaimana Nak Berdepan Dengan Ibu Bapa Mangsa" - Ayah Suspek

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Facebook

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...