Melalui laporan portal hiburan, kumpulan Exist mengatakan kemelut yang melibatkan kumpulan rap, 4U2C dan komposer Man Senoi serta Mama Rap mengenai penganjuran konsert ‘WE 4U2C Live in Concert’ boleh diselesaikan cara baik.
Menurut salah seorang ahli kumpulan Exist iaitu Ajai, kedua-dua belah pihak boleh berbincang dengan cara baik dan peroleh kebaikan.
Pernah lalui masalah sama, anggap boleh selesai cara baik
Dalam pada itu, Ajai berkata dia turut pernah lalui perkara yang sama dan menasihati penggiat seni untuk peka dengan ilmu berkaitan dengan hak cipta.
Ingat tak perkara ini pernah terjadi kepada Dayang Nurfaizah di mana lagu ciptaan saya, Seandainya Masih Ada itu tidak dapat dinyanyikan selama hampir tiga ke empat tahun. Tetapi selepas selesai urusan mahkamah, barulah Dayang boleh menyanyikan semula lagu itu.
Tambahannya lagi, dia juga merasakan kumpulan 4U2C tidak boleh menggunakan lagu-lagu yang ingin dinyanyikan kerana ia merupakan hak milik Man Senoi serta Mama Rap.
View this post on Instagram
‘Ikut peraturan 4U2C tak boleh guna lagu tu..’
Saya tak pastilah mereka boleh teruskan konsert atau tidak tetapi kalau ikut peraturannya, tidak boleh sebab ‘master’ adalah Man Senoi. Tindakan mereka itu wajar sebab dia adalah pemilik. Cuma jika ikut perikemanusiaan, perkara ini boleh dibawa berbincang untuk selesaikan masalah ini.
Tetapi, pemain gitar Exist iaitu Along berkata kumpulan 4U2C juga berhak untuk bertanya tentang royalti kepada Man Senoi.
Perkara itu pula, Man Senoi perlu bertanggungjawab juga. Pada saya tak salah kalau 4U2C buat konsert sebab nanti Man Senoi akan dapat royalti juga.
Sebelum ini, kemelut antara kedua-dua belah pihak mula timbul selepas komposer, Man Senoi dan Mama Rap berkata mereka memegang hak cipta sepenuhnya terhadap lagu-lagu 4U2C tetapi tidak dimaklumkan mengenai konsert tersebut.