Tak Pasti Nak Bawa Duit Berapa Banyak Ketika Melancong, Wanita Ini Ada Jawapannya..

Trending

Tak Pasti Nak Bawa Duit Berapa Banyak Ketika Melancong, Wanita Ini Ada Jawapannya..

Setiap kali pergi bercuti, persiapan awal pasti akan dibuat agar segalanya telah disusun rapi dan tiada sebarang barang yang penting tertinggal.

Advertisement

Namun bila semuanya telah siap sedia, tiba pula terfikir berapa banyak wang yang perlu diperuntukkan bila hendak melancong nanti? Banyak ke sikit?

Jangan bimbang dah kerana admin nak kongsikan penyelesaian yang mungkin boleh digunakan jika anda bercuti ke luar negara kelak. Perkongsian dari saudari Khadeejah Hasmad mengenai permasalahan ini, dari pengalamannya sewaktu bercuti ke Jepun.

Jom kita baca..

Berapa Banyak Cash Untuk Dibawa Masa Travel?

Kali pertama kami sekeluarga ke Jepun, malam sebelum bertolak itu kami gigih beratur panjang di money changer di MidValley, Bangsar.

Review bagitau money changer MidValley adalah antara yang paling murah.

Ada lah tukar dalam RM 500 rasanya. Takut-takut juga sebab bawa cash banyak.

Tapi takut juga kalau duit belanja kat sana tak cukup.

Bila kami sampai di Jepun, eh, baru perasan, kalau tak tukar duit pun, boleh je survive.

Sebab, kita boleh cucuk duit melalui ATM di 7-Eleven di sana. 7 Eleven pula sangat senang jumpa.

Rate bila cucuk duit direct dari ATM di sana adalah lebih murah dari bila tukar duit di money changer MidValley.

Kalau kita cucuk RM 200 duit Malaysia, ya, itu juga lah yang direkod oleh bank dan itu juga yang kita dapat dalam tangan.

Bukanlah keluar duit ringgit. Dia keluar duit ikut negara kita pergi.

Macam pergi Tokyo, keluar duit Yen. Pergi Istanbul, keluar duit Lira. Tiada kos tambahan.

Ada satu benda penting kena buat sebelum boleh cucuk kad.

Sebelum berlepas, pastikan kita aktifkan kad debit dan kad kredit untuk penggunaan di luar negara.

Bila dah aktifkan, baru boleh gunakan kad kita di luar negara.

Sejak kami tahu rate bila cucuk di oversea lagi murah, kami dah tak tukar duit di Malaysia.

Cucuk siap-siap di Jepun, nanti nak pergi lagi, guna duit yang dah siap cucuk 3 bulan lepas.

Lagi satu, kami guna purse besar sebab duit kertas Yen adalah sangat besar.

Purse ini hanya keluar bila nak travel je. Kalau tidak, jenuh nak simpan kat poket mana, besar sangat.

Suka dengan tips ini? Untuk manfaat kawan-kawan lain yang pertama kali mahu ke luar negara, boleh tolong Share?

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...