Kira-kira lima buah rumah mengalami kerosakan yang dipercayai berpunca daripada gegaran hasil latihan pertunjukan udara sempena Pameran Antarabangsa Maritim dan Aeroangkasa Langkawi 2025 (LIMA’25) pagi tadi.
Memetik Kosmo, tinjauan di Kampung Padang Wahid di sini mendapati terdapat kerosakan pada tingkap serta siling rumah.
Pemilik rumah, Anis Amilia binti Abdullah, 32, berkata ketika kejadian, dia berada di padang bola kira-kira 200 meter dari rumahnya untuk menyaksikan latihan tersebut.
Bunyi letupan lebih kuat pada pagi tadi berbanding tahun-tahun sebelumnya.
Bumbung rumah ini sudah banyak kali mengalami kerosakan kerana latihan LIMA tetapi ini kali pertama kami membuat laporan polis kerana tidak tahu sama ada kami boleh menuntut kerugian atau tidak.
Seorang lagi penduduk, Siti Hazirah Che Hamat, 38, pula berkata dia sedang berniaga di bawah khemah tepat di hadapan rumahnya semasa kejadian kira-kira pukul 9 pagi tadi.
@aneplgk Kasi share & viral satu kali ? Solution dia bukak tingkap dan kereta ? & Masih nak buat y LAGI KUAT ?? Practice pon dah jd mcm ni . Takdak solution ! Kita kasi viral ! #eventLIMApalingmenyusahkan #Kasiviral #LIMA25
Saya terasa khemah saya terangkat sebelah semasa bunyi letupan tersebut dan saya terdengar cermin tingkap rumah jiran meletup pada masa yang sama.
Rumah saya dan jiran berkembar tetapi jiran saya mengalami lebih banyak kerosakan pada cermin tingkap berbanding saya hanya dua keping tingkap yang meletup.
Kesemua mereka memaklumkan bahawa pegawai polis telah datang ke rumah mereka untuk melihat kerosakan dan meminta mereka membuat laporan rasmi.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.