Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Tak Pandai Siang Ikan Bukan Isu Besar, Netizen Suka Cari Salah – Elfira Loy

Kali pertama menyambut Ramadhan bersama suami tercinta, Faris K Anuar,  pastinya pelakon Elfira Loy cukup teruja. Baru-baru ini, menerusi Insta Story Elfira berkongsi video suaminya membantu memasak di dapur.

Advertisement

Bagaimanapun, kapsyen Elfira “I dont know how to siang ikan” telah mendapat perhatian dan dikritik oleh netizen. Mereka mempertikaikan kemahiran pelakon itu dalam bab memasak.

Menjawab kecaman tersebut, Elfira berkata perkara itu sepatutnya tidak perlu diperbesarkan. Netizen terlalu gemar mencari kesalahan orang lain.

Advertisement

Itu bukan sesuatu isu yang besar pun tapi anda kenal netizen. Mereka suka bila anda tak tahu sesuatu daripada anda tahu semuanya. Kalau hari itu saya tak tahu, tiba-tiba hari ini saya dah tahu, anda ingat mereka nak kisah? Tidak.

Lebih baik saya tidak berdebat atau melakukan apa-apa dengan orang macam tu sebab dia akan merosakkan minda dan perangai kita.

Dalam pada itu, Elfira turut menjelaskan segala persoalan tentang kemahiran beliau untuk menyiang ikan. Bukannya tidak pandai, tetapi Elfira tidak pernah tahu cara untuk menyiang ikan kerana ia dilakukan oleh pekerja di kedai ketika membeli ikan.

Saya tidak cakap yang saya tidak pandai, saya cuma kata tidak tahu sebab tidak pernah tahu. Selalunya kedai yang siangkan. Kenapa ada beza ke kedai siang dengan kita siang? Kejap lagi nak cuba gorenglah ada beza ke tak. Tak pandai jaga mulut tu ada beza.

Biasalah, pada awal perkahwinan mungkin ada yang terkurang dan tidak sempurna. Perlahan-lahan Elfira akan belajar, tidak mustahil satu hari nanti dia lebih handal memasak dan buat kerja dapur berbanding mereka yang kecam itu.

Sumber Berita : mStar Online

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

89 Comments

  1. anon

    May 27, 2019 at 6:00 pm

    Nak seribu daya, tak nak seribu dalih. Elfira ni jenis pemalas. Takkan takleh belajar. Rugi je si laki bayar hantaran mahal2. kerja rmh malas nak buat

    • Anonymous

      May 28, 2019 at 3:58 pm

      bagi hantaran tu bkn utk buat keje rumah.isteri tu dikahwini bkn utk di jadikan org gaji. sy bkn peminat el tp dah kawen tu bagus la suami sama2 tlg wat keja rumah.tipikal org lelaki zaman skrg, asal kerja rumah je, isteri kena buat.pastu nak jadi raja je dlm rumah

  2. Anonymous

    May 27, 2019 at 4:21 pm

    X reti boleh belajar.bodoh piang.penat bersanding 5x,mujuq pian oooiiii……kahkahkah

  3. Anonymous

    May 27, 2019 at 3:01 pm

    untung pian tak khawin dengan hang, klu cidakk, pian kena siang ikan.

  4. Anonymous

    May 27, 2019 at 1:57 pm

    ikan bilis buang taik tak..udag..sekali

  5. Anonymous

    May 27, 2019 at 1:53 pm

    menantu dato perangai cenggini… sakan showoff sakai nak likes smpi sanggup buka aib sendiri.. bila kene kutuk netizen si el jadi meroyan pulak…
    keluarga mertua geleng kepala jer laaa dah anak sendiri nak kawin dgn elfira nih… tgk jer laaa smpi kemane tuh nnti… panjang lagi perjalanan rumahtangga…

Loading...
To Top