Penyanyi Haz Suip mengesahkan bahawa tiada lagi ruang untuk kembali bersama bekas isterinya, Nureffy Jasreel Abdullah selepas mereka sah bercerai talak satu pada 29 Mei lalu.
Menurut Hafiz, antara punca utama perpisahan ialah kerana sudah tiada lagi persefahaman dalam hubungan mereka. Walaupun kedua-duanya telah berusaha menyelamatkan rumah tangga, mereka akhirnya akur bahawa perceraian adalah jalan terbaik.
Persefahaman itu penting sebenarnya tapi apa yang saya boleh katakan adalah kami sudah tidak ada kesefahaman itu. Kami berdua dah cuba tetapi mungkin ini yang terbaik.
Hafiz mengakui bukan mudah memegang status sebagai bapa tunggal. Walaupun dari luar nampak mudah, hakikatnya hanya dirinya sahaja yang tahu beban dan tanggungjawab yang perlu ditanggung.
Dalam masa yang sama, dia reda menerima ketentuan hidup dan menganggap ini semua adalah ujian. Buat masa ini, hak penjagaan anak diberikan kepada bekas isterinya kerana Haz percaya bahawa tempat terbaik buat anak-anak adalah di sisi seorang ibu.
Untuk rekod, Hafiz dan Nureffy mendirikan rumah tangga pada 14 Mei 2016.