Baru-baru ini, Neelofa dan suami, Haris Ismail bersama-sama anak mereka Bilal telah berangkat ke kota suci Mekah untuk menunaikan umrah.
Dalam beberapa rakaman yang tular di media sosial, kelihatan keluarga Neelofa turut bersama berkumpul di lapangan terbang.
Yang paling menjadi perhatian adalah kakak kepada Neelofa iaitu Noor Nabila yang dilihat bersama anak lelakinya, Jayden dan bekas suami, Sharnaaz.
Seperti semua sedia maklum, kedua-duanya masih mengekalkan hubungan baik demi kesejahteraan anak mereka, Jebat Jayden.
Berikutan kehadiran Sharnaaz ke majlis berangkatnya bekas adik iparnya itu, ramai memuji-muji pelakon berkenaan yang dianggap dapat mengenepikan ego dan masih berbaik dengan bekas mertua.
Namun, dalam pada masa yang sama, ramai yang mempersoalkan kehadiran suami Nabila, Engku Emran yang tidak kelihatan pada hari tersebut.
Netizen walau bagaimanapun tetap mendoakan agar rumah tangga Nabila dan Engku Emran berada dalam keadaan baik sahaja.