Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

“Tak Nak Tengok Jangan Ada TV!”- Zul Ariffin Jawab Isu Foto Mesra Bersama Ruhainies, Hanya Jalankan Tanggungjawab

Aksi mesra bersama pelakon wanita yang bergandingan dengannya bukanlah suatu perkara asing buat pelakon sasa, Zul Ariffin.

Zul Ariffin

Advertisement

Terkini, foto-foto mesra antara dirinya dengan pelakon wanita Ruhainies kembali menjadi bahan bualan netizen apabila mereka berdua kelihatan begitu mesra digandingkan dalam drama bersiri terbaru, Wifi Sebelah Rumah.

Zul Ariffin atau nama sebenarnya Zulkifli Ariffin,34, telah tampil menjelaskan mengenai isu tersebut dan berkata dia hanya menjalankan tugas mengikut watak yang diberikan kepadanya.

Zul Ariffin Dan Ruhainies

“Sebenarnya benda ini sensitif tapi kalau anda tak nak tengok, jangan ada TV lah. Itu komen ringkas yang saya boleh bagi. Sebagai seorang muslim, kalau awak tengok perempuan pakai skirt dalam TV pun it’s bad to see, apa entah lagi babak pegang-pegang, jadi jangan ada televisyen!”

Mengakui komen yang diberinya kedengaran agak kasar, tapi baginya dia hanya menjalankan tanggungjawab sebagai pelakon dan itu hanyalah pendapat peribadi semata-mata.

Advertisement

Zul Ariffin

Dia dalam pada itu turut memberitahu akan mengurangkan watak-watak berunsurkan percintaan memandangkan usia yang semakin menginjak ke angka 40-an.

“Biar budak-budak muda yang buatlah..”, Zul Ariffin berkata dia kini ingin menvariasikan watak dan karakter dalam kariernya serta memilih untuk memberi laluan kepada pelakon baru dalam membawa watak percintaan dalam sesebuah naskah filem dan drama.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

1 Comment

  1. tecit

    December 28, 2020 at 5:21 pm

    merajuk sudahh abe joule kiteee

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top
Puasa Barakah Bersama