Tular di media sosial sebuah video memaparkan seorang asnaf meluahkan rasa kecewa terhadap bantuan yang diterima daripada Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP).
Menurut wanita tersebut, MAIWP didakwa lambat menyalurkan bantuan serta tersilap memberikan barangan yang dimohon.
Wanita dikenali sebagai Puan Putri itu menyatakan rasa kecewanya apabila berlaku kesilapan dalam agihan barangan keperluan seperti lampin pakai buang dan susu anak-anaknya.
Difahamkan, ibu kepada enam cahaya mata itu memohon lampin pakai buang jenis seluar (pants), namun yang diterima keluarganya adalah jenis tape.
“Dah bertahun-tahun jadi isu ini. Sistem masih manual, lambat, dan tak telus,” katanya dalam kenyataan kepada media.
Namun, menerusi video yang dikongsikan oleh AATV Media, rata-rata netizen menganggap tindakannya itu sebagai tidak bersyukur dan terlalu memilih dalam menerima bantuan.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.