Pelakon Puteri Sarah Liyana memaklumkan bahawa dia tidak pernah mendedahkan kerja sebenarnya sebagai seorang selebriti kepada anak-anak, Syaikhul dan Sumayyah.
Kata Puteri Sarah, dia berbuat demikian kerana tidak mahu kedua anaknya mengambil kesempatan dan berbangga diri kerana ibunya orang terkenal.
Saya tak nak anak-anak saya rasa bangga diri dan menganggap diri mereka istimewa serta ada kelebihan kalau mereka tahu bahawa ibu bapa dan datuk mereka adalah selebriti.
Saya tak nak mereka tahu apa sebenarnya pekerjaan kami dan sehingga sekarang mereka masih tak tahu. Mereka cuma tahu nama kami sahaja.
Perkara itu dikongsikan Puteri Sarah Liyana ketika bersiaran langsung di TikTok bersama peminatnya.
Rata-rata peminat bersetuju dengan tindakan bekas isteri kepada pengarah Syamsul Yusof itu dan beranggapan Syaikhul dan Sumayyah lebih baik menjalani kehidupan yang normal sebagai kanak-kanak.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.