Tak Nak Kereta BMW Yang Dihadiahkan, Pemuda Ini Buang Ke Dalam Sungai

Automotif

Tak Nak Kereta BMW Yang Dihadiahkan, Pemuda Ini Buang Ke Dalam Sungai

Sering kali kita semua mendapat hadiah pada hari lahir dari ahli keluarga dan menghargai apa sahaja yang diberikan oleh keluarga dengan hati yang ikhlas.

Tetapi berbeza pula dengan kisah seorang pemuda dari India ini sehingga mendapat perhatian semua warganet kerana tidak berpuas hati dengan hadiah yang diberikan oleh bapanya iaitu kereta BMW.

Advertisement

Dipetik dari The Times of India, pemuda yang bernama Akash ini telah membuat keputusan membuang kereta BMW M3 yang diterima sempena ulang tahun kelahirannya ke dalam sungai.

kereta BMW yang dibuang

Ini dilakukan oleh beliau kerana ingin bapanya membelikan kereta Jaguar. Sumber berkata, selepas beliau membuang kereta tersebut ke dalam sungai beliau merakam video dan memberi kepada ibu bapanya.

 

buang kereta kerana nak Jaguar

Menurut polis, bapa Akash telah membelikan beliau kereta BMW tersebut beberapa bulan lalu. BMW yang dibelikan berharga Rs37.80 lakh dan 45.20 lakh.

Rakaman video menunjukkan kereta BMW tersebut terapung di dalam sungai sebelum ia tersangkut pada tebing rumput.

kereta BMW tersangkut pada tebing rumput

Akash dihadiahkan kereta Toyota Innova oleh keluarga mertuanya  sebelum ini, tetapi telah dijual oleh ibu bapanya untuk membeli BMW.

Walaubagaimanapun, ibu bapanya telah menunjukkan laporan perubatan yang menunjukkan bahawa Akash mengalami masalah psikiatri.

Bapa Akash iaitu Sanjeev Kumar percaya bahawa kejadian yang berlaku itu adalah disebabkan anaknya ingin mengelak daripada melanggar kijang di jalan raya.

Kami ada dua buah kereta iaitu BMW dan Swift. Anak saya tak pernah minta dibelikan kereta Jaguar.

 

Kereta itu juga dipercayai berjaya dibawa keluar selepas beberapa jam dengan bantuan penyelam, penduduk kampung dan jentera.

Kalau kita semua dah bersyukur kerana ayah masih nak belikan kereta sebagai hadiah ulangtahun kelahiran. Memang tak bersyukur pemuda ini.

 

Sumber: The Times Of India

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...