Sejak beberapa bulan yang lalu, banyak kontroversi yang memberi kesan terhadap pelawak, Lan Pet Pet daripada isu memukul seorang pengawal, memukul seorang penghantar makanan dan dikatakan menjual barangan terlarang.
Menurut Lan Pet Pet atau nama sebenarnya Mazlan Ahmad pelbagai kecaman dan pandangan negatif yang diterima olehnya di media sosial atas isu-isu yang berlaku, namun enggan pedulikan lagi.
Biarlah ia berlalu begitu saja. Malas nak diingat lagi. Saya sekarang nak ‘move on’.
Dalam pada masa yang sama, dia turut menasihati orang ramai agar tidak menghukum dan mengeji sehingga membabitkan ibu bapanya dan memperingatkan tentang akhir zaman yang penuh dengan fitnah.
Katanya lagi ketika ditemubual oleh Harian Metro, dia kini lebih banyak menghabiskan masa dengan membuat amalan untuk bekalan ke akhirat dan salah satunya dengan bersedekah serta menyantuni golongan gelandangan sekitar ibu kota dengan memberi makanan kepada mereka.
Terdahulu, video berdurasi 24 saat memaparkan aksi anggota kumpulan Senario itu melakukan kekerasan terhadap seorang penghantar makanan dengan merangkul dan memukul kepala lelaki sambil ditenangkan oleh beberapa orang lelaki lain.
Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.