“Tak Nak Ke Rasa Kalau Masuk Beli Belah Dalam Zara Tu Tak Payah Tengok Tag Harga?”

Trending

“Tak Nak Ke Rasa Kalau Masuk Beli Belah Dalam Zara Tu Tak Payah Tengok Tag Harga?”

Kalau anda sedang terdesak cari kerja, dan jumpa orang muat naik “kerja kosong sambilan media sosial dengan gaji dalam dolar Amerika Syarikat (USD)”, tolong jangan terpengaruh.

Sebab mereka ni scammer. Macam mana saya tau, sebab saya baru saya alaminya.

Advertisement

Bagaimana? Macam ini:

Pertama kali tolong sebarkan cerita saya ni. Saya bukan mahukan publisiti tetapi saya tahu bagaimana terdesaknya kita sekarang nak cari kerja terutamanya untuk mereka yang baru graduasi dengan yang menganggur sekarang. Bantu saya sebarkan jadi tak ada yang kena macam saya. Yang rugi kita, yang penat pun kita.

Jadi sekarang ini aktif cari kerja kawasan Petaling Jaya. Saya gunakan setiap platform media sosial yang ada untuk cari kerja. Termasuk Twitter.

Saya cari kata kunci “kerja kosong” dan apabila saya skrol, saya jumpa satu tweet ni dengan gambar poster:

 Kerja sambilan media sosial , gaji dalam dolar Amerika Syarikat.”

Dan di bahagian bawah ada nama Jiha dengan nombor telefon.

Jadi saya WhatsApp Jiha nak tanya kerja kosong ni. Dia cakap okay kita jumpa di mana-mana untuk “kenal-kenal” katanya.

Dalam kepala  saya fikir “oh, mungkin dia nak temuduga saya secara santailah  kot”

Jadi saya pergilah kepada dia dari Kelana Jaya ke Sunway Velocity sana. Bapak jauh. Dengan saya salah masuk tol lagi.

Dah sampai, jumpalah. Memula memang ingat dia seorang diri. Mula-mula dia temuduga saya cam biasa, dia muda memang nampak muka budak-budak lagi dan muka naif.

Tanya latar belakang saya apa semua. Tetapi satu benda dah nampak mencurigakan. Sepanjang berbual mata dia sekejap-sekejap tengok belakang saya (kami duduk bertentangan).

Dan sekejap-sekejap dia tengok telefon bimbit. Macam WhatsApp Group. Tengah berbual, tiba-tiba datang seorang perempuan dari belakang. Dia memperkenalkan diri sebagai Lin.

Pada masa itu, saya dah tahu ada yang tak kena, tapi saya terus tunggu sebab saya nak tau ke mana perginya semua ini. Lin ceritalah tentang perniagaan mereka. Orang . Tak ada pejabat.

Memula Lin puji saya cakap:

Cantiknya awak. Muka ada campuran Arab ke?”

Okay jangan percaya, ini taktik dan pemasaran mereka. Percayalah kau selekeh pun mereka akan puji kau melambung.

Jadi Lin ni pun psiko saya, cakap tak penat ke kerja ikut masa pejabat, nak hadap jem, nak hadap perangai majikan lagi.

Sebab pengalaman buruk dalam pekerjaan sebelum ini, Lin putuskan untuk menyertai kumpulan yang bekerja sambilan ini.

Kawan dia yang ajak, “Kak Aina”. Dia cakap dalam sebulan mereka boleh menjana RM 50,000-100,000 Selepas itu Lin dan Jiha dua-dua cakap benda serupa.

Tengah berbual gempak-gempak dengan saya, sekejap-sekejap tengok telefon kat WhatsApp Group, mata melilau tengok sekeliling.

Tiba-tiba datang lagi seorang perempuan, memperkenalkan dirinya sebagai Aina.

Dari cara saya tengok dia inilah ketua kumpulan.

Aina ni annoying. Dia berbual sangat agresif dengan isyarat tangan macam tengah bentang kes dalam mahkamah.

Macam Lin tadi, pendekatan dia lebih lembut.

Aina tak, dia jenis paksa punya orang.

Aina cakap kerja mereka santai saja. Yang penting kena rajin. Bila saya tanya ni perniagaan apa? Mereka cakap perniagaan dalam talian. Saya tahu perniagaan dalam  talian, tetapi produk apa?

Mereka beri jawapan pusing-pusing. Jawapan yang tak jelas.

Aina yakinkan saya untuk sertai mereka. Dia cakap:

Awak tak nak ke rasa kalau masuk beli belah dalam Zara tu tak payah tengok tag harga?

Kami kerja santai saja, merayap sana sini. Naik turun GHPO (Genting Highland Premium Outlet) seminggu 2-3 kali beli alat solek turun Kuala Lumpur balik macam tak ada apa-apa.”

Riak betul kenyataan dia.

Dah habis pusing-pusing cakap dia tanya nak sertai atau tak?

Saya cakap okay, saya join. Kemudian masa inilah dia buka cerita kononnya nak sertai perniagaan ini kena ada “pengetahuan”. Nak ada pengetahuan kena masuk kelas.

Nak masuk kelas bukan percuma, kena bayar. Kelas ada tiga tahap: asas, pertengahan dan advanced.

Dia suruh saya sertai kelas asas. Yurannya RM 872.

Saya terkejut. Saya cakap tak apa saya tak cukup wang. Dia tanya saya dengan nada suara menjengkelkan dan memaksa:

Awak ada berapa dalam bank?”

Saya cakap adalah sikit tetapi tak sampai RM 872. Dia bertanya lagi, ‘berapa banyak?’

Saya cakap RM 600 lebih (saya tipu).

Dia paksa saya pinjam duit kawan. Siap tawarkan diri untuk buat ayat. Dipendekkan cerita saya WhatsApp kawan saya dua orang, Awe dan Athirah.

Saya dah tau Aina ni penipu tetapi saya nak tengok jauh sejauh mana semua ini.

Dan dia sangat biadab, dia tengok telefon bimbit saya. Nak tengok betul ke saya WhatsApp kawan saya. Saya layankan saja.

Jadi dua kawan saya ni jawab lambat, dia paksa saya hantar teks yang sama dekat kawan lain. Saya simpan telefon dan saya cakap

Macam inilah, saya tak nak pinjam duit orang.”

Dia muka bengang,

Kenapa? Saya dulu pun pinjam duit kawan saya, awak tak fikir ke sekarang awak labur RM 872 untuk keuntungan RM 20,000 akan datang?”

Senario bertengkar sebab nak pinjam duit kawan ni ulang-ulang sekitar 5-10 minit. Kemudian saya rasa dia teks sesuatu pada WhatsApp Group (saya rasalah).

Selepas itu Lin datang balik duduk di situ. Mungkin dia nak Lin pujuk saya disebabkan dia lembut sedikit.

Tetapi akhirnya, saya cakap saya nak balik saya kejarkan bas saya balik Johor Bahru malam itu pukul 8:30.

Sebelum saya balik, Aina tanya saya nak daftar ke tak, sebab mereka akan tanya sekali ni saja dan kemudian dah tak ada peluang untuk saya lagi. Kalau saya nak, mereka perlukan maklumat seperti nama, nombor kad pengenalan, akaun bank, alamat dan lagi satu saya lupa.

Tidak dapat tidak, mereka nak saya beri jawapan saat itu juga.

Saya kata tidak.

Aina terus tarik muka dan kemudian teks sesuatu dalam telefon, saya percaya dia teks ke WhatsApp Group.

Jiha sekurang-kurangnya beradab sedikit, cakap terima kasih kerana datang.

Dan kemudian saya pergi dengan rasa menyirap gila sebab orang dalam kumpulan itu ramai pelajar muka-muka naif yang mendakwa sertai perniagaan tersebut sebab nak tolong keluarga.

Ada banyak cara nak tolong keluarga, tapi, tetapi bukan dengan cara menipu duit orang.

Tolonglah fikir orang macam saya ni yang datang dari jauh keluarkan duit untuk minyak kereta, untuk tol kami berusaha nak cari kerja.

Lagi kasihan untuk yang tak ada kenderaan. Kamu semua tak ada otak ke?

Tak fikir orang tu bergegas ke sana sini naik pengangkutan awam dalam khalayak yang ramai. Duit yang tak menentu. Kamu semua ni dah kira menganiayai orang.

Tolong saya sebarkan perkara ini biar ramai sedar. Tolong diri anda sendiri dan jangan senang kena tipu.

Abaikan poster murahan ini walau apa pun.

Sumber: @AmeeRamly di Twitter

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...