Tak Nak Hidup Susah, Ibu Cuba Ragut Nyawa Anak-Anak Selepas Dengar ‘Bisikan’

Dunia

Tak Nak Hidup Susah, Ibu Cuba Ragut Nyawa Anak-Anak Selepas Dengar ‘Bisikan’

Tidak pernah terlintas dek akal apabila seorang ibu tergamak meragut nyawa anak sendiri yang berumur 7 tahun serta mencederakan dua lagi anaknya, di mana mereka dilaporkan berada dalam keadaan kritikal ketika ini.

Melalui dari portal Indonesia, Tribunnews, dua anaknya yang masih dalam keadaan kritikal itu sedang dirawat di hospital dan difahamkan mereka berumur 10 dan 5 tahun.

Advertisement

Ketua Unit Siasatan Jenayah Polis Brebes, AKP Syuaib Abdullah berkata suspek yang juga merupakan ibu kandung ketiga-tiga mangsa itu telah pun ditahan pihak polis dan siasatan lanjut sedang dijalankan.

Tambahnya lagi, mangsa yang maut itu didapati mempunyai kesan luka di bahagian leher manakala dua lagi kanak-kanak tercedera masih lagi dalam keadaan yang tidak stabil.

Melalui siasatan awal, suspek memaklumkan dia bertindak sedemikian kerana mendakwa dirinya mendengar bisikan ghaib. Bagaimanapun, masih belum dapat kepastian sama ada pelaku dalam keadaan tertekan atau sebaliknya.

Dalam pada masa yang sama, jiran suspek memberitahu wanita itu tidak berkelakuan pelik dan hanya normal seperti sedia kala.

Difahamkan juga, suami suspek yang juga merupakan ayah mangsa ketika ini masih berada di luar kawasan.

bayi meraung diurut bidan
2 years ago

"Ni Dah Macam Dera!" - Netizen Berang Bidan Urut Bayi Sampai Berbekas, Meraung Setiap Kali Dipicit

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Tribunnews

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...