Penyanyi Zehra Zambri memilih untuk memohon cerai melalui proses ‘fast track’ dan mengumumkan bahawa dia tidak akan memberi sebarang kenyataan pada masa ini.
Keputusan itu diambil oleh Zehra, yang kini berusia 38 tahun, kerana dia sedang dirawat di hospital akibat masalah kesihatan.
“Salam, saya memohon maaf kerana tidak dapat memberi kenyataan pada ketika ini. Kesihatan saya juga dalam keadaan yang kurang baik,” tulisnya di InstaStory.
Sementara itu, penyanyi lagu Semalakama itu juga menegaskan bahawa dia tidak akan mendedahkan sebarang perkara melainkan kenyataan rasmi dari peguamnya.
Saya tidak akan sesekali mengaibkan sesiapa. Tunggu apabila peguam saya akan mengulas lanjut, terima kasih.
Semalam, Zehra dilaporkan berhasrat untuk memfailkan permohonan cerai secara ‘fast track’ terhadap suaminya, Nur Mohd. Iqwan Samsudin, yang berusia 42 tahun, dalam waktu terdekat.
Namun, suaminya hadir ke mahkamah untuk memfailkan nusyuz dalam usaha menyelamatkan perkahwinan mereka yang dikatakan terjejas akibat gangguan pihak ketiga.
Sebelum ini, kehidupan peribadi Zehra menjadi perhatian selepas Iqwan dikatakan menghapuskan foto-foto mereka berdua di Instagram.
Bagaimanapun, Zehra menjelaskan bahawa suaminya tidak menghapuskan foto tersebut, tetapi hanya mengarkibkannya kerana tidak suka perhatian umum sejak dia menyertai program Gegar Vaganza musim ke-11 (GV11).
Untuk rekod, Zehra mendirikan rumah tangga dengan Iqwan pada 10 November 2021. Pasangan ini dikurniakan seorang anak perempuan
Sebelum itu, Zehra pernah berkahwin dengan Wan Muhammad Nurhariz Hariri Wan Mohd Effendi pada 14 Oktober 2017, namun perkahwinan tersebut hanya bertahan enam bulan sebelum berpisah pada April 2018.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.