Harga iPhone dijangka meningkat susulan keputusan Amerika Syarikat mengenakan tarif baharu terhadap barangan dari China, termasuk produk Apple yang kebanyakannya dihasilkan di negara itu.
Baru-baru ini, Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri iaitu Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz telah memuat naik satu video di aplikasi X menjelaskan bahawa tidak mustahil jika harga Iphone melonjak naik sehingga menyamai harga sebuah kereta.
Harga iPhone 📱 boleh sampai harga kereta tak? 😱 Kalau tarif terus naik, tak mustahil!#TZA #MITI #PemacuPotensiGlobal #MADANIBekerja #USA #tarif #Trump pic.twitter.com/PVg0073iyx
— Tengku Zafrul 🇲🇾 (@tzafrul_aziz) April 16, 2025
Menurutnya, ia tidak mustahil sekiranya Donuld Trump terus meningkatkan nilai tarif ke atas negara China yang dimana terkini nilai tarif import terhadap barangan dari China telah mencecah maksimum 245 peratus.
Dalam video tersebut, Tengku Zafrul menjelaskan sebuah Iphone dibina menggunakan pelbagai komponen yang datang dari pelbagai buah negara.
Cip dari Taiwan, skrin dari Korea Selatan, bateri dari China, modem dan memori dari Amerika Syarikat (AS), storan dari Jepun dan kamera pula dari pelbagai negara yang akhirnya peranti tersebut dipasang di China.
Harga mungkin boleh cecah RM16,000
Menurutnya lagi, kos sebuah iPhone kini bernilai AS$549.73 (RM2,424), dan sekiranya dikenakan tarif sebanyak 145 peratus, harganya boleh mencecah sehingga AS$1,400 (RM6,174).
Jika dibuat sepenuhnya di AS, ada yang mengatakan ia boleh mencecah AS$3,500 atau RM16,000. Bila harga naik di AS, negara lain pun terkesan kerana harga global biasanya ikut harga AS.
Terkini, AS sudah memberi pengecualian kepada komponen telefon pintar dan komputer, khususnya dari China. Legalah sekejap peminat iPhone kita tapi pengecualian ini pun tidak tahulah sampai bila kerana bila-bila masa Trump boleh naikkan balik tarif.
Kenaikan tarif ini mencerminkan peningkatan ketegangan dalam perang dagang antara Amerika Syarikat dan China, yang berpotensi memberi kesan kepada ekonomi global serta harga barangan elektronik seperti iPhone.
Selain itu, kami kongsikan pautan artikel lain yang menarik di bawah.