Baru-baru ini, usahawan kosmetik Datuk Seri Vida atau lebih mesra dengan panggilan DSV ada mendedahkan bahawa Shuib mempunyai ciri-ciri lelaki idamannya.
Kata DSV lagi, dia tidak akan menolak jika ditakdirkan berjodohan dengan pelawak itu yang menurutnya seorang lelaki yang baik dan bapa yang penyayang.
Shuib yang kini sedang berkawan dengan seseorang tampil memberi respon terhadap kenyataan tersebut di mana menurutnya, DSV bukanlah individu yang sedang dikenalinya buat masa ini.
Lapor Harian Metro, pelawak berusia 37 tahun itu bagaimanapun selesa berkawan dengan DSV atas urusan bisnes makanan diusahakan bersama ketika ini.
Katanya lagi, biarlah wanita yang sedang dikenalinya dengan lebih rapat itu tidak didedahkan lagi identiti. Shuib lebih selesa untuk merahsiakannya kerana masih dalam peringkat perkenalan.
Sebenarnya saya dengan Vida sudah lama berkawan sejak arwah Siti Sarah masih ada lagi. Kami sama-sama berkolaborasi menjalankan perniagaan Unagi.”
Jadi tak mungkinlah saya akan bercinta dengannya. Lagipun kami berdua tak sepadan sebab dia memiliki pengaruh yang terlalu besar dan memiliki segala-galanya.”
Jelas Shuib lagi, dia hanya mencari seorang wanita yang sederhana dan mampu menjaga anak-anaknya yang masih kecil dengan sebaik mungkin.
Dia turut berkata wanita yang akan dijadikan isterinya itu perlulah mendapat persetujuan ibu serta empat anaknya. Katanya lagi, soal jodoh terlalu sensitif untuk dihebahkah kerana belum pasti jika ia adalah jodoh yang terbaik.