Pelawak dan pelakon, Shuib berkata dia tidak akan mengambil kesempatan terhadap kesempitan orang lain.
Dia turut berkata dia bukanlah datang dari keluarga yang senang.
Demi Allah saya tidak akan mempergunakan sesiapa pun. Saya tak mungkin buat orang macam tu.
Saya akui kesilapan saya dalam perniagaan saya yang tidak membayar socso kepada pekerja. Tetapi itu semua saya akan perbaiki. Tiada langsung niat saya nak kenakan orang.
Namun, pelawak itu mengatakan bahawa dia sangat bersyukur masih ada pekerjanya yang setia dan menyokongnya.
Saya bersyukur masih ada pekerja saya yang setia dan menyokong saya daripada belakang. Hinggakan ada pekerja yang mahu lawan hingga nama saya bersih.
Memetik dari Gempak, luahan itu dikongsikan Shuib apabila ada pihak yang mendakwa dia hanya berpura-pura prihatin, sebaliknya menggunakan kesempatan tersebut terhadap kekurangan orang lain.
Pelawak itu turut memberitahu tahun 2024 ini bukanlah tahun yang terbaik untuknya apabila dia berdepan dengan beberapa kes mahkamah.
Namun katanya, dugaan yang dihadapi ini bukanlah satu kegagalan dalam hidupnya.
Saya bersyukur ada isteri yang terus menjadi tulang belakang saya. Satu persatu ujian saya hadapi. Tapi ini bukan pengakhiran untuk perniagaan saya.