Anggota kumpulan Elite dan pelako, Watie Sadali memaklumkan bahawa dia tidak mungkin akan menjalinkan hubungan persahabatan bersama Hana Adnan gara-gara kes hutang sehingga muflis yang dilakukannya sebelum ini.
Watie, yang berhutang dengan Hana sehingga rakannya itu jatuh bankrap berkata demikian meskipun hubungan mereka sebelum ini baik ketika sama-sama menjadi anggota kumpulan Elite.
Dia kini dilaporkan sedang mengikut perintah mahkamah untuk menjelaskan tuntutan hutang kepada Hana secara buanan.
Saya ampunkan segala apa yang telah dia buat pada saya, namun nak rapat seperti dahulu mungkin tidak. Saya pun sekarang lebih berhati-hati dalam memilih kawan rapat.
Percaya dirinya berada di pihak yang benar, Watie memilih untuk berdiam diri dan enggan memberi komen tentang kemelut yang dihadapi oleh mereka berdua.
Kita ikutkan saja kehendak dia di dunia ni. Bagi saya kalau tidak selesaikan hal ini hati jadi tak tenang. Bayaran dibuat menerusi peguam kami. Selama ini saya berdiam tidak bermakna saya salah.
Watie dikehendaki untuk membuat bayaran sebanyak RM2,00 sebulan bagi melangsaikan hutang dan tuntutan saman berjumlah RM796,000 kepada Hana.
Hana sebelum ini menang saman terhadap Watie berhubung kegagalan pelakon itu menyelesaikan bayaran pinjaman bank yang menggunakan namanya untuk membeli kenderaan jenis Toyota Wish.
Kegagalan Watie membayar hutang telah menyebabkan Hana jatuh muflis.