“Tak Mungkin Dia Rendahkan Martabat Untuk Bercium Dengan Meerqeen” – Individu Yakin Gosip Tentang Mimi Lana Tak Benar

Hiburan

“Tak Mungkin Dia Rendahkan Martabat Untuk Bercium Dengan Meerqeen” – Individu Yakin Gosip Tentang Mimi Lana Tak Benar

Baru-baru ini, tersebar satu gosip tentang seorang aktres wanita terkenal dirakam mencium pelakon lelaki baru meningkat naik di sebuah kelab malam.

Timbul dakwaan di media sosial mendakwa bahawa dua selebriti itu adalah Mimi Lana dan Meerqeen yang kini sedang menjalani penggambaran bersama-sama.

Advertisement

mimi lana
8 months ago

"Terima Kasih Kerana Telah Timbulkan Satu Lagi Masalah" - Tweet Kecewa Mimi Lana Tuju Pada Siapa?

Lebih menimbulkan tanda tanya apabila aktres baru, Anna Jobling juga turut memadam semua fotonya bersama Meerqeen di Instagram.

Sementara itu, seorang individu telah membuat satu ciapan di platform X dan berkata dia tidak percaya jika Mimi Lana merupakan individu yang didakwa bercium dengan Meerqeen.

Tambah individu itu, dia mengenali Mimi Lana dan berkata aktres tersebut merupakan seorang yang menjaga batas dan maruahnya selain turut menjaga privasi.

Saya tak rasa dia (Mimi) akan merendahkan martabatnya hanya untuk bercium dengan Meerqeen di depan orang awam.

mimi lana

Saya tidak pernah dengar perkara sebegitu ketika dia bersama dengan Syafiq Kyle. Dia mungkin keluar bersama (Meerqeen) tetapi bercium itu, tidak mungkin.

Menerusi ciapan yang lain, individu tersebut turut berkata Mimi Lana sebelum ini tidak pernah menimbulkan apa apa masalah namun kini gosip tentangnya tersebar luas.

Selain itu, dia turut berpendapat bahawa gosip tersebut perlulah mempunyai bukti yang kukuh mengatakan Mimi bercium dengan aktor muda itu.

mimi

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Twitter

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...