Setelah dua tahun mendiamkan diri tentang punca meninggalkan kumpulan K-Clique, penyanyi Tuju akhirnya memberi penjelasan keputusan bergerak solo sebagai penyanyi adalah atas kehendak sendiri dan bukan kerana dibuang oleh kumpulannya.
Memang ada salah faham
Menurut Tuju, punca sebenar mengapa dirinya keluar itu terlalu peribadi untuk penyanyi ini namun dia tidak menafikan pernah ada perselisihan faham antara mereka. Tambahnya, dia bukan orang yang tepat untuk mengulas tentang salah faham itu dan membiarkan hal itu diceritakan oleh anggota K-Clique sendiri.
Perkara ni terlalu peribadi dan sudah lama, saya sendiri pun lupa bagaimana nak ceritakan.
Kalau hendak kata merajuk, itu tidak tepat. Memang ada salah faham, namun kalau hendak cerita lebih baik anggota K-Clique yang beritahu.
Keluar dari K-Clique adalah pilihan saya sendiri. Tiada istilah dibuang. Biarlah apa terjadi sebelum ini saya simpan untuk diri sendiri sahaja.
View this post on Instagram
Tidak mungkin akan kembali
Pada masa yang sama, penyanyi ini turut menegaskan dirinya tidak berfikir untuk kembali berkarya bersama-sama K-Clique dan akan terus bergerak secara solo. Namun begitu, dia tidak menolak sekiranya ditawarkan untuk bekerjasama dengan mereka di masa hadapan.
Saya dah move on dan secara jujur selepas dua tahun ini apa boleh saya kata tidak mungkin akan kembali bersama K-Clique.
Saya mendoakan yang terbaik untuk perjalanan kerjaya mereka selepas ini.
View this post on Instagram
Terdahulu, orang ramai dikejutkan dengan keputusan Tuju menarik diri dari kumpulan K-Clique dan timbul pelbagai spekulasi tentang punca penyanyi itu berbuat demikian. Namun, Tuju bertindak untuk mendiamkan diri hingga sekarang.