Pelakon Shakilla Khoriri menitipkan ucapan penuh makna sempena ulang tahun perkahwinannya yang kedua bersama suami tercinta, Fariz Zulkepley.
Menerusi perkongsian di Instagram, Shakilla mengakui tempoh dua tahun sebagai suami isteri bukanlah satu perjalanan yang mudah.
“Years today as H&W (husband & wife). Not easy. Dia tak sama macam orang bujang kahwin. Dia macam duduk dalam kotak lepas tu orang main campak-campak. Haaa macam tu ibaratnya perjalanan dua tahun ni.”
Menurut Shakilla, sukar untuk dia menggambarkan sepenuhnya keadaan rumah tangga yang dilalui, namun percaya setiap fasa adalah proses pembelajaran buat dirinya dan pasangan.
“Susah nak describe keadaan aku dengan dia tapi setiap hati aku percaya ini learning process. Tak mudah nak ‘balance’ kan keadaan aku bila aku ni macam ‘tulang’ bagi banyak pihak. Tapi ini cabaran dan jalan yang aku pilih.”
“Betul lah orang kata perkahwinan ni macam-macam ceritanya. Kali ni aku belajar banyak perkara dan aku cuba adapt sebanyak mana kisah dan ‘task’ dalam perjalanan ni,” kongsinya.
Pelakon itu turut menegaskan bahawa tiada pasangan yang sempurna dan setiap pilihan hadir bersama cabaran tersendiri.
Dalam luahan yang sama, Shakilla turut menyatakan harapannya untuk terus menjaga hubungan dan meniti hari tua bersama suami.
Untuk rekod, Shakilla mendirikan rumah tangga dengan Fariz dalam sebuah majlis tertutup di Shah Alam pada tahun 2024. Sebelum itu, beliau pernah bernikah dengan Fizi Ali pada 18 Januari 2018 sebelum bercerai pada Disember 2021. Hasil perkahwinan terdahulu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Ameena Sofia.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
