“Tak Molek Bila Kita Paksa..” – Ustaz Azhar Idrus Perjelas Hukum Kanak-Kanak Berpuasa Separuh Hari

Kehidupan

“Tak Molek Bila Kita Paksa..” – Ustaz Azhar Idrus Perjelas Hukum Kanak-Kanak Berpuasa Separuh Hari

Boleh dikatakan kebanyakkan ibu bapa pasti tidak akan melepaskan peluang untuk mengajar anak-anak mereka berpuasa pada bulan Ramadan kerana ia merupakan satu kewajipan yang sudah pun tertulis dalam rukun Islam.

Latih anak berpuasa amalan baik tapi..

Melalui platform TikTok, pendakwah bebas dikenali ramai iaitu Ustaz Azhar Idrus berkata tindakan ibu bapa melatih anak-anak untuk berpuasa di bulan Ramadan merupakan satu amalan yang baik.

Advertisement

Namun begitu, pendakwah berkenaan menasihati ibu bapa untuk tidak terlalu memaksa anak-anak kecil berpuasa dan lebih baik mengikut kemampuan mereka.

Umur mereka baru sahaja enam tujuh tahun, tapi dipaksa untuk puasa penuh. Maksud latih, bukannya suruh puasa dari subuh sampai maghrib. Maksud latih adalah sampai mana anak-anak mampu berpuasa.

Paling afhdal ketika anak umur 7 tahun

Dalam pada masa yang sama, Ustaz Azhar memaklumkan umur yang paling sesuai untuk kanak-kanak berpuasa adalah ketika mereka berusia 7 tahun.

Ianya bukan sunnah tetapi kalau sesiapa yang sudah melatih mereka sejak umur lima enam tahun, tak ada masalah dan dibolehkan.

ustaz azhar idrus
3 weeks ago

Wajib Baca Yassin 3 Kali Di Malam Nisfu Syaaban? Ini Penjelasan UAI - "Allah Buka Rahmat, Ampunkan Dosa.."

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...