“Tak Minta, Orang Yang Nak Bagi..” Nafi Beli Anugerah, Lan Solo Usaha Dari Bawah Majukan Kedai Runcit

Hiburan

“Tak Minta, Orang Yang Nak Bagi..” Nafi Beli Anugerah, Lan Solo Usaha Dari Bawah Majukan Kedai Runcit

Baru-baru ini, penyanyi dan juga usahawan Lan Solo dilaporkan telah menerima anugerah 100 Top Young CEO 2021 berikutan kejayaannya mengendalikan kedai runcit Borneo Mart sejak dua tahun yang lalu.

Namun di sebalik kegembiraan itu, ada juga sesetengah netizen yang tampil memperkecilkan dan memperlekehkan kejayaan Lan sehingga berjaya menerima anugerah tersebut.

Advertisement

Ujar Lan atau nama sebenarnya Mohd Razlan Mohamed Yusof,36, dia menafikan dakwaan sesetengah pihak yang mengatakan dia sebenarnya hanya ‘membeli’ anugerah tersebut.

 

Tak pasti la pula kalau ada anugerah yang boleh dibeli kerana  saya dapat panggilan daripada penganjur..diberitahu tercalon dan menerima anugerah kategori Top Leading CEO 2021.

Tambah Lan lagi, tidak relevan jika seseorang itu membeli sebarang anugerah pencapaian sedang mereka boleh berusah untuk menaikkan jenama sendiri.

Lan juga meluahkan rasa syukur apabila usahanya membuka kedai runcit bersama isterinya, Nur Sheila Hassim,35, mula menampakkan hasil setelah mengharungi pelbagai cabaran dan dugaan sepanjang memulakan bisnes ini.

“Kedai pun lebih selesa, saya rasa progress tu cukup kot untuk dinilaikan bagi saya peroleh award tu dan mungkin rezeki saya tahun ini. Saya bersyukur sangat-sangat.” akhiri Lan.

Lan Solo
2 years ago

Tersenarai 100 Top Young CEO 2021, Lan Solo Tak Sangka Perniagaan Kedai Runcit Membuahkan Hasil

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...