Baru-baru ini, penyanyi dan juga usahawan Lan Solo dilaporkan telah menerima anugerah 100 Top Young CEO 2021 berikutan kejayaannya mengendalikan kedai runcit Borneo Mart sejak dua tahun yang lalu.
Namun di sebalik kegembiraan itu, ada juga sesetengah netizen yang tampil memperkecilkan dan memperlekehkan kejayaan Lan sehingga berjaya menerima anugerah tersebut.
Ujar Lan atau nama sebenarnya Mohd Razlan Mohamed Yusof,36, dia menafikan dakwaan sesetengah pihak yang mengatakan dia sebenarnya hanya ‘membeli’ anugerah tersebut.
Tak pasti la pula kalau ada anugerah yang boleh dibeli kerana saya dapat panggilan daripada penganjur..diberitahu tercalon dan menerima anugerah kategori Top Leading CEO 2021.
Tambah Lan lagi, tidak relevan jika seseorang itu membeli sebarang anugerah pencapaian sedang mereka boleh berusah untuk menaikkan jenama sendiri.
Lan juga meluahkan rasa syukur apabila usahanya membuka kedai runcit bersama isterinya, Nur Sheila Hassim,35, mula menampakkan hasil setelah mengharungi pelbagai cabaran dan dugaan sepanjang memulakan bisnes ini.
“Kedai pun lebih selesa, saya rasa progress tu cukup kot untuk dinilaikan bagi saya peroleh award tu dan mungkin rezeki saya tahun ini. Saya bersyukur sangat-sangat.” akhiri Lan.