“Tak Minta Izin” – Zahirah Terkilan Dakwaan Whulan, Nafi Restu Adegan Mesra Dengan Aiman Hakim

Hiburan

“Tak Minta Izin” – Zahirah Terkilan Dakwaan Whulan, Nafi Restu Adegan Mesra Dengan Aiman Hakim

Zahirah MacWilson menyuarakan rasa tidak senang terhadap kenyataan pelakon Indonesia, Whulandary Herman, yang didakwanya telah ditokok tambah hingga menimbulkan kekeliruan.

Menurut Zahirah, kenyataan seolah-olah dia merestui sebarang adegan antara suaminya Aiman Hakim Ridza dan Whulandary adalah tidak tepat. Jelasnya,

Advertisement

Apa yang saya bimbang sekarang adalah kenyataan yang dibuatnya itu akan menimbulkan banyak salah faham.

zahirah macwilson

Zahirah mengesahkan Whulandary ada menghantar mesej peribadi di Instagram ketika penggambaran sudah bermula, namun hanya sebagai makluman biasa. Tegasnya,

Tiada langsung dia minta izin atau beritahu akan buat adegan mesra.

Zahirah juga menafikan pernah berkata bahawa dia memahami situasi atau memberi kebenaran atas dasar suaminya sudah menjelaskan segalanya. Walaupun terkilan, Zahirah mengambil pendekatan matang untuk memaafkan sahaja dan menganggap pelakon itu tidak menyedari kenyataannya boleh disalah tafsir.

Sebelum ini, Whulandry ada menyebut bahawa dia telah meminta kebenaran Zahirah sebelum melakonkan babak mesra bersama Aiman Hakim untuk mengelakkan salah faham semasa penggambaran.

whulan minta kebenaran zahirah
2025-07-25 10:25:48

"Rasa Janggal" - Ada Aksi Intim Dengan Aiman Hakim, Whulan Minta Kebenaran Zahirah MacWilson

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...