Tak Merancang Apa-Apa, Ernie Dan Syamel Berdoa Dikurniakan Rezeki Anak Dengan Cepat

Hiburan

Tak Merancang Apa-Apa, Ernie Dan Syamel Berdoa Dikurniakan Rezeki Anak Dengan Cepat

Baru sahaja mendirikan rumah tangga, penyanyi duo terkenal Syamel dan Ernie Zakri memohon doa agar dikurniakan cahaya mata dalam masa terdekat ini.

Mereka berdua yang melangsungkan majlis resepsi semalam telah ditemui media bagi meraikan episod indah itu.

Advertisement
View this post on Instagram

A post shared by @erniezakri

View this post on Instagram

A post shared by @erniezakri

“Saya sudah masuk 29 tahun. Kalau boleh doakan agar kami dikurniakan cahaya mata dalam masa terdekat. Kalau ada rezeki anak, kami terima dengan hati terbuka.” ujar Ernie.

Manakala bagi Syamel pula, dia dan isteri kesayangan tidak merancang apa-apa mengenai soal anak sebaliknya berharap agar semuanya berjalan dengan lancar.

Ernie dan Syamel yang menganjurkan majlis resepsi secara tertutup dan mengikuti SOP yang ditetapkan kerajaan turut dihadiri artis tempatan seperti Datuk Seri Siti Nurhaliza, Ziana Zain, Anuar Zain, Awal dan Scha serta ramai lagi.

View this post on Instagram

A post shared by @erniezakri

Terdahulu, Syamel dan Ernie diijabkabulkan sebagai suami isteri pada 26 Mac lalu selepas mengikat pertunangan pada 15 Ogos tahun lalu.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...