Tak Menjadi Masalah Untuk Terima Suami Orang Sebagai Jodoh- Izreen Azminda

Hiburan

Tak Menjadi Masalah Untuk Terima Suami Orang Sebagai Jodoh- Izreen Azminda

Setelah lebih dua tahun bergelar janda dan dihimpit dengan pelbagai kontroversi percintaan, pelakon Izreen Azminda mengakui  pintu hatinya sudah terbuka untuk mendirkan rumah tangga lagi dan beliau turut mendedahkan sedang mengenali hati budi seorang lelaki.

Advertisement

Walaubagaimanapun buat masa ini Izreen masih lagi belum bersedia untuk bercerita lebih lanjut mengenai hubungan mereka dan siapakah gerangan lelaki tersebut. Namun, Izreen menjelaskan lelaki tersebut tidak terlibat didalam industri hiburan tanah air.

Sekarang memang saya tengah berkenalan dengan seseorang, namun selagi belum ada apa-apa kata  putus, saya tak akan membuka mulut mengenainya. Saya tak mahu dipanggil wanita syok sendiri yang sibuk bercerita nak kahwin, tapi akhirnya tak jadi.

Sekarang bukanlah masanya untuk saya uar-uarkan siapa sebenarnya dia. Tapi yang pasti dia bukan pelakon atau penyanyi…dia hanya orang biasa yang ada kerjaya. Saya perlukan lelaki yang berikan saya inspirasi dan ada beberapa perkara yang dilakukannya membuatkan saya teruja untuk mengenalinya lebih dekat.

Ditanya sama ada beliau turut terbuka untuk didekati oleh lelaki berstatus suami orang, Izreen berkata beliau tidak menolak jika itu adalah takdir jodohnya.

Saya tak tolak jodoh saya dengan sesiapa pun, kalau dia mampu jaga saya okay lah.

Tak menjadi masalah untuk terima suami orang sebagai jodoh. Kahwin dengan orang bujang pun bukan jaminan kebahagiaan.

Izreen pernah mendirikan rumah tangga bersama pengarah, Riza Baharudin pada 2012. Mereka kemudiannya bercerai pada tahun 2014.  Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan anak lelaki bernama Muhammad Adrian Umar yang kini berusia 4 tahun.

Sumber Berita : mStar Online

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...