Penyanyi lagu Surat Cinta Untuk Starla, Virgoun menafikan bahawa dia berlaku curang dan berzina ketika masih dalam ikatan perkahwinan bersama bekas isteri, Inara Rusli.
Virgoun sebelum ini dituduh oleh Inara bahawa dia telah melakukan zina dengan seorang wanita brnama Tenri Anisa.
Inara kemudiannya mendedahkan surat tulisan Virgoun yang mengaku dia telah curang dan berlaku zina di media sosial sehingga ia menjadi tular.
Namun ketika disoal siasat pihak berkuasa dari Polda Metro Jaya, Jakarta Selatan mengenai kes tersebut, Virgoun tidak mengaku mengenai perbuatan terkutuknya itu sebelum ini.
Tidak ada perzinaan, tidak ada. Perkara itu tidak berlaku.
Malah, Tenri juga telah membantah bahawa dia telah menjalin hubungan sulit dengan Virgoun.
Tiada ada perselingkuhan (curang) dengan Virgoun.
Terdahulu, Virgoun telah menceraikan Inara setelah isu perselingkuhan serta dakwaan keganasan rumah tangga dilaporkan berlaku dalam rumah tangga mereka.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.