Anak kepada penyanyi dan pelakon terkenal, Bella Astillah, iaitu Ara Adreanna, tampil membuat permohonan maaf selepas kenyataannya yang berseloroh tidak mengaku berasal dari Sabah dan mendakwa dirinya sebagai “orang putih” tular di media sosial.
Dalam satu klip siaran langsung di TikTok, Bella atau nama sebenarnya Dayang Ara Nabella Astillah, 31, dilihat membimbing anak perempuannya untuk memohon maaf secara terbuka kepada orang ramai.
Assalamualaikum semua, nama saya Ara Adreanna dan mahu minta maaf sebab mengaku ‘orang putih’. Saya bukan orang putih, saya orang Sabah. Hari itu, Ara main-main sahaja,
Gelagat comel Ara nyata mencuri perhatian netizen, terutamanya peminat setia Bella, yang menyambut baik permohonan maaf tersebut dengan penuh rasa sayang.
Terdahulu, tular sebuah video di mana Ara menjawab “tidak” apabila ditanya oleh ibu saudaranya, penyanyi Didi Astillah, sama ada dia berasal dari Sabah. Sebaliknya, Ara mengangguk ketika Didi berkata dia adalah “orang putih”, yang mencetuskan perdebatan dan reaksi pelbagai di kalangan netizen.
Walaupun kenyataan itu dibuat secara spontan dan berseloroh, tindakan Bella membimbing Ara untuk memohon maaf secara terbuka menerima pujian ramai sebagai langkah bijak mendidik anak tentang tanggungjawab dan kesedaran terhadap identiti.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.