Sebelum ini, tular di laman Twitter mengenai sebuah ciapan daripada bapa kepada pelawak, Jocelyn Chia.
Menerusi hantaran tersebut, bapa dikenali sebagai Anthony Chia itu membuat pengumuman bahawa dia dan isterinya tidak lagi mengiktiraf wanita itu sebagai anak mereka.
Bukan itu sahaja, Anthony turut berkata perbuatan yang dilakukan Jocelyn adalah tanda mereka gagal membesarkan anak dengan baik.
Susulan itu, pelawak berasal dari Singapura itu memaklumkan bahawa akaun Twitter tersebut adalah akaun palsu.
Malah, Jocelyn turut meminta orang ramai untuk membuat laporan mengenai akaun tersebut atas kesalahan memalsukan identiti.
Difahamkan, pengguna Twitter turut berasa hairan dengan akaun tersebut kerana baru diwujudkan selepas kontroversi melibatkan dirinya tular di media sosial.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.