Sedia maklum, beberapa minggu yang lalu, pelakon Fasha Sandha baru saja menunaikan ibadah umrah di Tanah Suci bersama suami, Aidil Aziz.
Terbaharu, Fasha ada berkongsikan satu video memaparkan dirinya sedang bersenam dan telah mengundang rasa kurang senang di kalangan netizen.
Hal yang membuatkan netizen berasa ‘sakit mata’ melihatnya kerana pelakon berkenaan memakai pakaian baju sukan yang ketat.
View this post on Instagram
Biarpun sekadar mahu berkongsikan video diri bersenam, tetapi netizen mempersoalkan aurat pelakon berkenaan yang masih terdedah walaupun baru selesaikan menunaikan umrah.
Dalam pada masa yang sama, ramai juga yang menitipkan doa agar Fasha sentiasa diberikan hidayah untuk menutup aurat dengan sempurna.
Sekadar info, sebelum ini Fasha Sandha juga pernah dikecam netizen kerana berkongsikan fotonya memakai pakaian Maleficient lakonan Angelina Jolie dalam sebuah majlis.