Sedia maklum, beberapa hari yang lalu kecoh di laman media sosial mengenai seorang individu lelaki dari Maghribi mengakui dirinya adalah cicit baginda Nabi Muhammad S.A.W.
Disebabkan perkara tersebut, ramai yang tertanya-tanya dengan kesahihan identiti lelaki terbabit yang difahamkan mengelarkan dirinya sebagai ‘habib’.
Susulan pendedahan yang dibuat, negeri Selangor membatalkan program Maulidur Rasul yang turut disertai individu itu secara mengejut tanpa sebab yang diketahui.
Oleh kerana telah kecoh di setiap platform, Ustaz Azhar Idrus (UAI) diberi kesempatan untuk mengulas secara lanjut mengenai hal itu dan meminta orang ramai untuk bersangka baik saja.
Setakat dia mari Majlis Maulid Nabi, cuma kita bersangka baik lah selagi tiada tanda dia memudaratkan orang lain.
Dalam pada itu, dia sempat berkata umat Islam seharusnya lebih berasa bimbang apabila banyak konsert dari Barat masuk ke negara ini.
Di akhir penghujahan, UAI merasakan biar pihak berkuasa menentukan identiti lelaki terbabit benar ataupun tidak dari keturunan Nabi Muhammad SAW.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending pada pautan di bawah.