Tak Memilih, Gadis Influencer & Nenek Pilih Penghantar Barang Sebagai Kerja Part Time

Branded

Tak Memilih, Gadis Influencer & Nenek Pilih Penghantar Barang Sebagai Kerja Part Time

Kerja sebagai penghantar makanan atau barang adalah sinonim bagi kaum lelaki. Tetapi, kini perkembangan industri penghantaran telah menarik minat golongan wanita untuk turut menceburi bidang ini.

Jika dahulu, agak janggal melihat wanita sebagai ‘runner’. Kini, semakin ramai wanita memilih pekerjaan ini sebagai pekerjaan tetap dan kerja sampingan.

Ikuti kisah gadis manis Erni Amira, ‘yang viral’ selepas perkongsiannya sebagai rakan penghantar Lalamove di YouTube mendapat jumlah tontonan yang tinggi serta Jesse, seorang nenek hebat yang memilih pekerjaan ini sebagai kerja sampingan.

“Pilih Penghantar Barang Sebab Rasa Lagi Selamat”

Influencer Lalamove

Kredit: YouTube Erni Amira

Bagi Erni, tawaran kerja yang tertangguh bukanlah alasan untuknya duduk diam di rumah tanpa melakukan apa-apa. Terdorong melihat rakannya bekerja sebagai penghantar barang, dia mula berminat untuk menceburi bidang ini secara sambilan.

Erni memilih menjadi rakan penghantar Lalamove kerana dia berasa selamat dan tidak perlu membawa penumpang. Tambahan lagi, dia bebas mengaturkan jadual kerja sendiri.

“Senang nak tentukan masa dan target”

Influencer Lalamove

Dalam salah satu video perkongsiannya, Erni berkongsi bersama subscriber YouTubenya betapa mudah untuk menjadi rakan penghantar Lalamove dan bagaimana pekerjaan ini mendapat permintaan yang sangat tinggi.

Dia juga tidak menafikan kerja sebagai rakan penghantar memudahkannya  untuk merancang masa bekerja dengan menetapkan target yang ingin dicapai. Tambah Erni, dia tidak melakukan tugas penghantaran setiap hari. Oleh itu, dia masih boleh meluangkan masa untuk mengedit video dan bersama keluarga.

“RM100 sehari tidak mustahil asalkan rajin”

Influencer Lalamove

Kredit: YouTube Erni Amira

Walaupun hanya melakukan pekerjaan ini secara part time, Erni mampu meraih RM100 sehari dengan menghantar barang.

“Kalau nak cuba untuk full time delivery please choose Lalamove, because it is very easy, senang nak set up and it is more safe for girl yang ingin buat kerja tapi berseorangan”

Baginya jika mampu merancang waktu dengan baik, tidak mustahil untuk mendapat pendapatan harian yang lebih tinggi kerana dia hanya membuat kerja-kerja penghantaran dari jam 10 pagi hingga 6 petang sahaja.

“Lalamove je nak ambil I kerja”

Nenek Lalamove

Begitu juga dengan Jesse, walaupun telah berumur 57 tahun dan mempunyai seorang cucu, minatnya membawa kereta membuatkan dia tak boleh duduk diam.

“I enjoy driving. But it is difficult to secure a job for someone my age. I’m happy Lalamove accepted me to be their delivery partner”

“Kerja tak pressure, I enjoy”

Nenek Lalamove

Sebelum bekerja sebagai rakan penghantar Lalamove, Jesse mempunyai pengalaman sebagai rakan penghantar untuk salah satu syarikat e-dagang terkemuka.

Selepas kontraknya bersama syarikat terbabit tamat, dia beralih kepada Lalamove. Ternyata itu keputusan terbaik yang dibuat kerana dia tidak lagi merasa tertekan untuk mengejar jumlah penghantaran yang perlu diselesaikan setiap hari.

Menurut Jesse, sebagai galakan kepada rakan penghantaran, Lalamove mempunyai satu ‘feature’ mission pada aplikasi rakan penghantar, dimana mereka akan mendapat insentif khas apabila menyelesaikan jumlah penghantaran yang ditetapkan.

“Dengan menghantar untuk Lalamove, saya ada lebih banyak masa bersama keluarga kerana saya boleh memilih waktu bekerja. Malah, keluarga sangat menyokong apa yang saya lakukan dan anak lelaki saya turut menawarkan diri ingin membantu”

“Sumber pendapat yang baik & dapat membantu orang lain”

Persekitaran kerja yang tidak membebankan membuatkan Jesse bebas menikmati pekerjaannya sebagai rakan penghantar Lalamove. Padanya, pendapatan yang diperolehi berbaloi dengan tugas yang dilaksanakan. Pada masa yang sama, dia berasa gembira kerana dapat memudahkan urusan orang lain.

Walaupun terdapat cabaran untuk mengambil pesanan seperti perlu pantas dan sentiasa dalam sentiasa bersedia, ini bukanlah alasan untuknya tidak berusaha.

Lalamove

Lalamove menyediakan platform pekerjaan buat sesiapa saja yang ingin bekerja tanpa memilih gender atau usia.

Inilah platform pekerjaan terbaik untuk anda yang ingin menjana pendapatan secara tetap atau sambilan kerana industri ini sentiasa berkembang dan mendapat permintaan yang tinggi.

Jadi tunggu apa lagi? Daftarkan diri anda sebagai rakan penghantar Lalamove.Ingin mengetahui lebih lanjut mengenai Lalamove? Layari dan daftar di laman web Lalamove atau download aplikasi Lalamove Driver hari ini!

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...