Sebuah entri di Threads mencetuskan perbincangan hangat apabila seorang pengguna meluahkan rasa kurang senang terhadap kenyataan usahawan Jofliam.
Dalam satu video, Jofliam dikatakan menyebut, “Esok orang lain pulak yang hantar Yuki”, merujuk kepada anaknya bersama personaliti media sosial, Cik Epal.
Kenyataan itu menimbulkan persoalan kerana dia tidak terus menyebut “mama Yuki” atau nama sebenar,
“Apa maksud Jofliam cakap ‘esok orang lain pulak yang hantar Yuki’? Tak mati pun kalau dia sebut ‘esok mama Yuki pulak hantar’ atau sekurang-kurangnya sebut nama Munirah. ‘Orang lain’ tu mama kesayangan Yuki tau. Sensitif dengar perkataan ‘orang lain’ untuk anak sendiri,” tulis seorang pengguna Threads dengan nada kecewa.
Luahan itu mengundang pelbagai reaksi. Ada yang bersetuju, menyifatkan pemilihan kata-kata itu kurang sesuai kerana melibatkan ibu kandung sendiri. Namun, ada juga yang menganggap ia mungkin sekadar cara percakapan spontan tanpa niat menyinggung mana-mana pihak.
Isu ini sekali lagi membuka perbincangan mengenai kepentingan memilih bahasa yang tepat apabila bercakap tentang anak-anak, khususnya di ruang awam yang mudah mengundang pelbagai tafsiran.