Baru-baru ini, jenama kambing perap popular telah mengeluarkan satu video promosi yang menjadi bualan netizen.
Dalam video itu, Nasir Bilal Khan membawa watak Tok Adi daripada sebuah drama bersiri popular, Tanah Kubur.
Video itu memaparkan Tok Adi menegur satu pasangan yang sedang bergaduh dan si isteri meminta untuk bercerai.
Dalam jalan cerita yang dikongsi, Tok Adi yang kebetulan berada di situ menegur wanita terbabit dan melontarkan dialog yang menarik minat netizen.
Jangan suka suka minta cerai. Tak masuk syurga wanita yang suka minta cerai tanpa sebab yang syarie, kalau suami dah penuhi keperluan nafkah asa. Kereta dan perhiasan semua, bukan nafkah.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meninggalkan komen yang mengatakan mesej yang disampaikan menerusi video ini agak mendalam.