Pada Sukan SEA 2019 yang sedang berlangsung kini, atlet gimrama negara berjaya menyumbangkan pingat emas dalam acara aparatus riben. Izzah Amzan bersama rakan sepasukan, Koi Sie Yan berjaya mengumpulkan mata yang sama dalam acara itu.
Tetapi mengejutkan apabila penganjur bertindak menarik semula pingat emas dimiliki Izzah.

Kredit: Instagram
Emas ditarik semula
Mengikut pada laman web rasmi Sukan SEA Filipina, Izzah hanya diberikan pingat perak dan bukannya pingat emas seperti yang sepatutnya. Kedua-dua atlet negara mendapat mata yang sama dan wajar diberikan emas kepada kedua-dua atlet. Kalau diikutkan, jika acara penyampaian pingat sudah dilakukan bermaksud penganjur membenarkan perkara ini. Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq juga meluahkan rasa tidak puas hati dengan insiden ini.
Tidak masuk akal. Di atas nasihat PENGANJUR, saya sendiri kalungkan pingat emas Izzah. Mengikut Teknikal Handbook Penganjur pun, membenarkan pingat emas Izzah. I will not tolerate this. #TeamMAS telah protest dan tuntut keadilan
Bantahan rasmi
Malaysia telah mengemukakan bantahan rasmi kepada Jawatankuasa Penganjuran Sukan SEA Filipina (PHISGOC). Ketua Kontinjen Malaysia ke Sukan SEA 2019, Datuk Megat Zulkarnain Omardin sendiri membawa bantahan ini yang tak sepatutnya berlaku kerana acara penyerahan pingat sudah dilakukan.
#SukanSEA Malaysia menghantar surat bantahan rasmi kepada PHISGOC susulan penarikan semula pingat emas dimenangi gimnas negara, Izzah Amzan pada 7 Dis lepas – CDM pic.twitter.com/iZB8n4uJe9
— BERNAMA (@bernamadotcom) December 9, 2019
Ini bukan yang mudah kerana ia melibatkan imej negara yang mengambil bahagian dan mereka (PHISGOC) terima bantahan ini, dan saya maklumkan kepada mereka untuk memasukkan semula pingat emas berkenaan (dalam carta kutipan pingat) secepat mungkin
Sebelum ini, kejadian yang sama pernah berlaku di mana atlet yang meraih jumlah mata sama pernah diberi kemenangan bersama seperti berlaku di temasya Sukan Sea 2015 di Singapura.
Artikel berkaitan: “Saya Tak Sangka Boleh Menang”, Haiqal Hanafi Kekalkan Gelaran Raja Pecut Asia Tenggara Buat Malaysia