“Tak Masuk Akal!” – Harga Tiket ‘Flight’ Tambang Murah ‘Auto’ Naik Setelah Pengumuman Tarikh PRU?

Berita

“Tak Masuk Akal!” – Harga Tiket ‘Flight’ Tambang Murah ‘Auto’ Naik Setelah Pengumuman Tarikh PRU?

Hari ini, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah bermesyuarat bagi menentukan tarikh membuang undi Pilihan Raya Utama Ke-15.

Sekitar tengah hari tadi, pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Ghani Salleh telah memaklumkan bahawa hari pengundian bakal berlangsung pada 19 November 2022 manakala penamaan calon pula akan diadakan pada 5 November 2022.

Advertisement

Berikutan itu, rakyat Malaysia telah mula menunjukkan rasa keterujaan dan semangat untuk turun mengundi di media sosial.

Namun begitu, di media sosial Twitter, para pengundi di negeri Sabah dan Sarawak dilihat ada meluahkan rasa tidak puas hati kerana mendakwa satu syarikat penerbangan tambang murah dilihat telah menaikkan harga tiket perjalanan dengan serta merta.

AA

Kata netizen, syarikat itu dilihat telah menaikkan harga sebanyak dua kali ganda dan terlalu mahal.

Menjengah ke ruangan komen, kebanyakan warga maya meluahkan rasa tidak puas hati dengan taktik ‘kotor’ syarikat penerbangan tersebut malah ada juga yang sudah dapat menduga perkara ini akan terjadi.

Dalam pada itu, netizen juga berharap agar ada campur tangan daripada pihak kerajaan bagi menangani isu yang sekian lama terjadi terutamanya pada hari-hari penting seperti PRU dan juga perayaan rasmi.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Gunung ipoh
2 years ago

Tiada Lagi Gunung Cantik Di Ipoh, Habis Kena Tarah, Rakyat Persoal - “Salah Siapa?”

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Twitter

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...