Tak Marah Suami Mengaku Curang Sampai Skandal Hamil, Rupanya Isteri Simpan ‘Rahsia’ Yang Lebih Besar

Kehidupan

Tak Marah Suami Mengaku Curang Sampai Skandal Hamil, Rupanya Isteri Simpan ‘Rahsia’ Yang Lebih Besar

Satu lagi kisah kecurangan suami dikongsi di media sosial dan orang ramai tidak tahu bagaimana mahu respon kerana ia sedikit rumit tetapi ‘drama’ tersebut menarik perhatian.

Seorang wanita telah berkongsi di Facebook tentang kejadian di mana pada suatu hari suaminya secara tiba-tiba pulang ke rumah dan menangis sebelum mengakui kecurangannya.

Advertisement

Apa yang membuatkan lelaki itu berterus terang adalah kerana skandalnya kini sedang berbadan dua.

wanita hamil

Gambar hiasan

Namun, ‘drama’ itu tidak berakhir begitu saja kerana si isteri pula kemudian turut menangis dan enggan berkomunikasi dengan suaminya.

Disebabkan itu dia menulis tentang hal tersebut di Facebook dan menceritakan tentang satu ‘rahsia’ yang lebih besar disimpannya selama bertahun-tahun.

Ternyata rupa-rupanya si isteri menyimpan rahsia bahawa suaminya mempunyai masalah kesuburan dan tidak boleh menghasilkan zuriat. Dan hal tersebut hanya diketahui oleh si isterinya sahaja.

pasangan suami isteri konfrontasi

Gambar hiasan

Kisah ini diceritakan semula oleh seorang lelaki yang membaca pendedahan wanita berkenaan di Facebook.

Wanita ini tidak mahu memberitahu suaminya (tentang masalah kesuburan). Jika suaminya tahu kekasihnya hamil anak orang lain, bermakna suaminya juga akan tahu bahawa dua anak mereka juga bukanlah anak kandungnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Roy Covington (@roycovington_)

Apa yang mahu dimaksudkan wanita ini adalah, dia tersepit kerana tidak mahu memberitahu bahawa suaminya tidak subur jadi kekasihnya hamil anak lelaki lain.

Namun jika dia berbuat sedemikian, sudah tentu terbongkar juga aib dirinya yang telah lama disimpan iaitu dua anaknya bukanlah anak kandung suaminya.

Bekas Isteri Dedah 'Sisi Gelap' Abang Santan, Dakwa Pernah Langgan Perempuan Sebelum Kahwin - "Dia Bangga.."
3 hours ago

Bekas Isteri Dedah 'Sisi Gelap' Abang Santan, Dakwa Pernah Langgan Perempuan Sebelum Kahwin - "Dia Bangga.."

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...