Kejadian yang berlaku di Thailand baru-baru ini telah membuat ramai pihak berasa terkejut selepas seorang suami memukul isterinya dengan kayu hingga tidak bernyawa hanya kerana tidak mandi.
Berang isteri tak mandi
Difahamkan dari laporan The Thaiger, pada mulanya lelaki yang bernama Watcharin itu memberitahu pada pihak polis bahawa isteri tergelincir dan jatuh di dalam bilik mandi.
Bagaimanapun, selepas siasatan lanjut dilakukan, Watcharin akhirnya mengaku dia telah bertindak membunuh isterinya dengan memukul mangsa menggunakan kayu kerana isteri tidak mahu mandi.
Tak sedar dah pukul sampai mati
Dia turut mengakui bahawa dirinya tidak menyedari bahawa mangsa sudah meninggal dunia selepas dipukul.
Sewaktu melihat isteri tidak sedarkan diri, Watcharin telah membawanya ke bilik mandi untuk memandikannya tetapi apabila melihat keadaan isteri tidak berubah, dia segera meminta bantuan dari jiran tetangga dengan mereka cerita isteri jatuh di dalam bilik mandi.
Difahamkan dari laporan pihak polis, jiran-jiran mendedahkan sering melihat pasangan ini minum bersama dan sering bertengkar apabila sudah mabuk.
Disebabkan itu, spekulasi insiden ini berlaku di dalam keadaan mabuk.