Tak Mampu Tanggung Kos Penjagaan Yang Tinggi, Anak Panda Bakal Dihantar Pulang

Trending

Tak Mampu Tanggung Kos Penjagaan Yang Tinggi, Anak Panda Bakal Dihantar Pulang

Masih ingat lagi anak panda yang dibawa ke Malaysia dan dihantar ke Zoo Negara? Anak panda gergasi Xing Xing & Liang Liang, Nuan Nuan bakal dihantar pulang ke China pada Ogos tahun hadapan ekoran pihak Zoo Negara tidak lagi mampu menanggung pembiayaan kos penjagaan yang teramat tinggi.

Advertisement

Berdasarkan perjanjian yang ditetapkan kedua belah pihak iaitu antara Malaysia dan China, Malaysia perlu menanggung kos yang tinggi jika penjagaan anak panda tersebut dilanjutkan sehingga tempoh dua tahun lagi.

Menurut Presiden Persatuan Zoologi Malaysia, Datuk Sr. Zaharin Md. Arif berkata, pihaknya kena membayar kepada China sebanyak AS$600,000 (RM2,414,116.03) serta memperuntukkan sebanyak AS$150,000 (RM603,549.80) untuk insurans seekor panda, selain daripada kos operasi penjagaannya menelan belanja sehingga hampir mencecah RM200,000 sebulan.

Selepas panda itu berusia dua tahun, anak panda betina itu juga perlu diasingkan daripada ibu bapanya kerana dikhuatiri berlaku tercetusnya pergaduhan dan ini yang menyebabkan kos makin bertambah, ujarnya.

“Kita tiada tempat untuk anak panda dan perlu memikirkan gaji kakitangan, penyelenggaraan pendingin hawa yang perlu dipasang selama 24 jam dan makanan haiwan itu,” katanya lagi.

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...