Tak Mampu Nak Balik Kampung? Hafiz Mahamad Nak Taja Tiket Bas Buat Mereka Yang Terjejas

Hiburan

Tak Mampu Nak Balik Kampung? Hafiz Mahamad Nak Taja Tiket Bas Buat Mereka Yang Terjejas

Susulan daripada kerajaan memberikan kebenaran merentas negeri bermula 11 Oktober lalu, ramai yang telah mengambil peluang tersebut untuk pulang ke kampung bagi melawat ibu bapa tercinta dan juga sanak saudara.

Hafiz Mahamad Syafiqah Aina
3 years ago

Beli 1000 Unit Test Kid COVID-19, Hafiz Mahamad Niat Derma Pada Golongan Memerlukan

Advertisement

Namun, tidak semua berpeluang untuk pulang ke kampung masing-masing berikutan ketiadaan wang dan sebagainya.

Sehubungan dengan itu, personaliti media sosial dan usahawan kosmetik, Hafiz Mahamad ada meluahkan hasrat untuk menaja beberapa buah bas dan tiket buat mereka yang tidak berkemampuan.

Ujar Hafiz, dia menerima banyak pesanan mesej di media sosial Instagram yang menyatakan ada individu tidak mampu untuk pulang ke kampung berikutan kurang berkemampuan dari segi wang ringgit.

Siapa sahabat yang tak mampu nak balik kampung, saya nak tanggung tiket dalam 2 hingga 3 bas. Nak tak? Insya-Allah, saya ada rezeki sikit boleh kongsi dengan awak. Habis kerja dekat sini, saya uruskan 2-3 bas untuk sahabat.

Dia dalam itu turut bertanyakan syarikat bas yang bersesuaian dan meminta pihak berkenaan untuk menghubunginya bagi urusan selanjutnya.

Terdahulu, Hafiz dan isteri, Syafiqah Aina memang dikenali sebagai seorang yang pemurah kerana pernah menghulurkan bantuan seperti wang ringgit, kit ujian COVID-19 serta pelbagai lagi jenis sumbangan kepada mereka yang terjejas setelah negara dilanda wabak COVID-19.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...