Isteri kepada pelakon kontroversi Hafidz Roshdi, Nurul Shuhada Mat Shukri baru-baru ini ada meluahkan hasrat untuk menyambung pengajian ke luar negara.
Sedar dirinya kini sedang sarat hamil, Shuhada enggan menjadikan keadaan itu sebagai alasan untuk dia mengejar cita-cita.
Menurutnya, impian itu dapat direalisasikan jika permohonan biasiswa yang dipohon mendapat kelulusan.
Mungkin dulu saya mengikut perintah suami, namun kini tiba masanya saya mengejar cita-cita yang dah lama tertanggu. Malah,jika permohonan saya lulus, saya akan bawa anak-anak bersama.
Dia juga tekad untuk meneruskan impian itu dan menganggap segala yang terjadi dalam kehidupan sebagai satu pengajaran dan terkandung hikmah di sebaliknya.
Shuhada juga berkata dia menerima dengan hati terbuka jika ada sesiapa yang ingin menaja pengajiannya itu di luar negara.
Andai kata ada yang ingin menaja, saya terima dengan tangan terbuka.
Namun begitu, hasratnya itu menerima pelbagai reaksi daripada netizen yang beranggapan Shuhada lebih baik belajar di dalam negara sahaja memandangkan mempunyai tanggungan anak yang banyak.
Susah wei sambil study sambil jaga anak. Lagi2 takde pasangan nk tolong. Ada kawan iols camni lah. Study oversea, bawa anak sekali. Nasib baik kelas dia fully online. Harapannya siang dia jaga anak, malam kononnya dia study.
View this post on Instagram
Sementara itu, Shuhada ada berkongsi pengalaman menyambut lebaran yang ternyata sedikit berbeza berbanding tahun-tahun sebelumnya.
“Adik beradik pun ada, jadi rasa lebih selamat. Malah, Humairah dan Umar juga mendapat baju raya dan kasut raya lebih lagi. Semestinya mereka lebih teruja dapat hadiah daripada orang sekeliling” ujarnya lagi.