“Tak Malu Ke?” – Pengantin Baru Jadikan ‘Unboxing By Husband’ Trend Terkini, Cikgu Beri Komen Pedas

Berita

“Tak Malu Ke?” – Pengantin Baru Jadikan ‘Unboxing By Husband’ Trend Terkini, Cikgu Beri Komen Pedas

Selalunya kalau kita dengar perkataan unboxing, pasti ramai yang terbayang video-video yang memaparkan review terhadap sesuatu barang mahupun produk.

Walau bagaimanapun, sekarang ini yang sedang menjadi trend di platform TikTok bukannya rakaman video unboxing barang, akan tetapi Unboxing By Husband.

Advertisement

Dari perkataan itu pun dah dapat nampak kepelikannya dan itulah realiti sekarang ini apabila terlalu ramai pengantin baru terutamanya dikalangan wanita bertudung memuat naik video seperti itu.

Trend ini memaparkan tudung si isteri akan dibuka secara perlahan-lahan oleh si suami dan masing-masing masih memakai busana pengantin.

Akibat berasa meluat dengan video-video tersebut, seorang wanita yang dikenali sebagai Cikgu Dell memberi teguran pedas kepada pasangan yang merakam hal itu dan satu perkara yang terlintas di dalam fikiran dia adalah, mana letaknya perasaan malu buat wanita bertudung yang melakukan trend terbabit.

Meninjau di ruangan komen hantaran video itu, rata-rata netizen turut bersetuju dengan apa yang diperkatakan oleh cikgu tersebut dan merasakan perkara itu tidak perlu dipertontonkan buat khalayak umum, cukup sekadar simpan sendiri.

komen tiktokSumber : TikTok 

Selain itu, kami kongsikan artikel trending pada pautan di bawah.

3 years ago

"Rakyat Perlu Bersedia Kenaikan Harga Ayam Melebihi RM9.10 Sekilogram" - KPDNHEP

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...