“Tak Malu Ke, Jangan Ganggu Saya..” – Disangka Pakai Loket Berbentuk Salib, Amelia Henderson Luah Rasa Kecewa Pada Netizen

Hiburan

“Tak Malu Ke, Jangan Ganggu Saya..” – Disangka Pakai Loket Berbentuk Salib, Amelia Henderson Luah Rasa Kecewa Pada Netizen

Baru-baru ini, nama pelakon dan pengacara Amelia Henderson menjadi sebutan orang ramai susulan isu mengenai loket rantai yang dipakainya menyerupai bentuk salib. Namun, dia meminta agar orang ramai tidak mengeruhkan keadaan dengan perdebatan yang tidak perlu.

Banyak hal lebih penting

Menurut Amelia atau nama penuhnya Amelia Thripura Henderson, 28, ada banyak perkara lebih mustahak untuk dibincangkan berbanding isu tentang loket dipakainya itu. Meskipun pada awalnya aktres ini tidak mahu mengambil pusing hal ini, tetapi disebabkan kecaman semakin berleluasa, Amelia terpaksa memuat naik kenyataan di media sosialnya.

Advertisement

Saya sebenarnya tak nak membincangkan perkara ini, tetapi saya sangat marah,

 

Banyak perkara buruk yang terjadi di dunia ni dan orang ramai lebih mengambil tahu tentang rantai?

 

Tak malu ke? Jangan ganggu saya.

Demikian kenyataan yang dimuat naik oleh Amelia melalui laman X baru-baru ini menjawab kepada kecaman netizen. Dalam pada itu, seorang individu turut tampil menjelaskan loket rantai yang dipakai Amelia merupakan loket ballerina dan bukan salib.

Sebelum ini, sebuah video tular di aplikasi Tik Tok memaparkan Amelia dan aktor Aedy Ashraf yang sedang menggunakan fikter lucu namun hantaran tersebut dibanjiri dengan kecaman netizen yang mendakwa rantai dipakai Amelia berbentuk salib.

MK K-Clique
2 weeks ago

(VIDEO) MK K-Clique Dipuji, Kaburkan Aksi Cium Isteri Ketika Bersalaman Di Hari Raya - "Orang Yang Faham Agama"

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : X

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...