Sebelum ini, nama pelakon Eyka Farhana sering terpalit dengan kontroversi apabila dilihat sering menggayakan pakaian yang mencolok mata dan menayang tubuh badan di media sosial.
Baru-baru ini, Eyka atau nama sebenarnya Wan Atiqa Farhana Wan Sarmizi sekali lagi mencuri perhatian orang ramai apabila memuat naik sebuah hantaran di laman Instagram miliknya.
Menerusi hantaran tersebut, pelakon berusia 27 tahun itu dilihat menggayakan gaun berwarna merah bersama dengan perhiasan beg tangan dan topi dari jenama antarabangsa terkenal, Valentino.
Namun, apa yang menjadi perhatian orang ramai ialah gaun merah yang dipakai Eyka dikatakan terlalu pendek sehingga mendedahkan bahagian pehanya.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen turut menegur cara pelakon itu melakukan ‘posing’ berani dengan meletakkan kakinya di atas bahagian kerusi.
Malah, ada juga segelintir warga net yang meminta Eyka agar menjaga cara pemakaian yang lebih sopan memandangkan dia merupakan wanita Melayu.
Bukan itu sahaja, penampilannya itu turut mengundang persoalan orang ramai sama ada pelakon itu tidak berasa segan terhadap ahli keluarga kekasihnya.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.