“Tak Malu Ke Bela Pilot Sebaya Anak Kau” – Pablo Amirul Dedah Ahli Politik Sertai Ajaran Sesat & Skandal Dengan ‘Ex GF’?

Trending

“Tak Malu Ke Bela Pilot Sebaya Anak Kau” – Pablo Amirul Dedah Ahli Politik Sertai Ajaran Sesat & Skandal Dengan ‘Ex GF’?

Nama pelakon Pablo Amirul sebelum ini menjadi bualan hangat selepas membuat pengakuan bahawa dia merupakan salah seorang pengikut ajaran sesat dikenali sebagai Millah Abraham sejak dua tahun lepas.

Bukan itu sahaja, ketika membuat pendedahan itudi Facebook live, aktor handalan tersebut turut meminta orang ramai untuk melaporkannya kepada pihak berkuasa dan Jabatan Agama Islam.

Advertisement

Dia turut menyebut nama seorang wanita dikenali sebagai Fatin Nabila Musa yang didakwa menjadi penyebab dia menyertai ajaran tersebut.

Bagaimanapun, menerusi Instagram Pablo mendedahkan bahawa wanita yang merupakan bekas kekasihnya itu telah meninggalkan dirinya kerana curang dengan seorang ahli politik terkenal.

Kata Pablo, ahli politik berkenaan menipu isteri dan menjalinkan hubungan sulit dengan Fatin yang merupakan seorang juruterbang itu dan sebaya dengan anaknya sendiri.

Aku ingat gaji sebagai juruterbang cukup rupanya dibela lelaki orang. Tak malu ke bela juruterbang yang sama baya (dengan) anak kau.”

Pendedahan berani daripada Pablo itu meraih perhatian ramai orang di media sosial termasuklah rakan selebriti yang turut memberikan komen di hantaran tersebut.

Antara komen yang menarik perhatian adalah daripada Fezrul Khan yang turut menghentam ahli politik terbabit kerana beliau memegang jawatan yang tinggi.

Dalam pada itu, akaun bekas teman wanitanya telah pun dipadam selepas Pablo membuat pendedahan itu semalam.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Dr Zulkifli
2 years ago

“Pekat Betul Biadap” - Dituduh Tak Tegur Ahli Politik Berkempen, Dr Zulkifli Digelar ‘Lapik Kaki’

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...